Sabtu, 25 September 2010

MUQADDIMAH


PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan blog yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk QIRAAT ILMIYYAN 1 . Blog ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang menyiapkan blog ini.
Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek, Ustaz Mohamad Zaki Bin Abdul Hamid kerana memberikan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan blog ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk blog serta membantu kami dari semasa susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kerana memberikan sokongan dan dorongan sepanjang blog ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kerana memberikan bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai blog amat dihargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan dilupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang blog ini disiapkan.Mudah-mudahan blog kami ini menjadi rujukan yang berguna untuk semua masyarakat dimana saja anda berada.





Muqaddimah
Firman Allah S.W.T. :

إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ * فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ * لاَ يَمَسُّهُ إِلاَّ الْمُطَهَّرُونَ * تَنزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(الواقعة: 77-80)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas R.A. bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda :
أقرأني جبريل عليه السلام على حرف واحد فراجعته، فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى إلى سبعة احرف ( رواه البخاري )
Sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengutuskan sebaik-baik manusia kepada sebaik-baik umat. Lalu menurunkan sebaik-baik kalam sebagai panduan kepada sebaik-baik agama yang diredhai. Sebaik-baik manusia itu adalah Nabi Muhammad S.A.W. Sebaik-baik umat adalah umat Baginda ini. Sebaik-baik kalam adalah al-Quran dan sebaik-baik agama adalah agama Islam.
Allah S.W.T. telah menurunkan al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar ke atas Nabi Muhammad S.A.W. yang telah dijamin pemeliharaan oleh Allah S.W.T. selama bersilih ganti malam dan siang dari sebarang perubahan dan pembaharuan. Yang terhimpun di dalamnya semua perkara yang diperlukan dan membenarkan kitab-kitab Rasul yang terdahulu.
Di samping itu juga Tuhan telah memberi taufiq kepada orang-orang yang dipilihNya daripada ahli bijak pandai agar mengambil berat tentang ilmu-ilmu al-Quran. Dengan itu mereka telah mengkaji dan mengumpul setiap ilmu mengenai al-Quran dan dibukukan sebagai suatu sumbangan untuk meninggikan Kalam Allah S.W.T. ini. Salah satu ilmu yang lahir daripada al-Quran adalah ilmu al-Qiraat .
PENGENALAN ILMU QIRAAT

PENGERTIAN AL-QURAN
1) Pada bahasa (lughah) merupakan masdar daripada kata (قرأ)
2) Pada Istilah “Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam Mushaf bermula dangan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya marupakan satu ibadah.’’

BAHASA DAN ISTILAH
1) Pada Bahasa (lughah) : Merupakan kata jama’ daripada kalimah qira’ah (قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang di baca.
2) Menurut Istilah : pebezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemaunya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad S.A.W.
3) Kekhilafan ( perselisihan pendapat atau pandangan ) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf Al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.
.

PENGERTIAN QIRAAT
Qiraat adalah bentuk masdar daripada qara’a atau jamak daripada qiraah yang ertinya bacaan. Menurut istilah ilmiah, qiraat adalah satu mazhab(aliran) pengucapan Al-Quran yang dipilih oleh salah seorang Imam qurra’ sebagai suatu mazhab yang berbeza dengan mazhab lainnya. Dengan kata yang lain ia membawa maksud perbezaan-perbezaan dalam membaca Al-Quran, iaitu perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya di segi tebal atau nipis, panjang pendeknya dan sebagainya.
Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani mengatakan: "Qiraat ialah suatu mazhab yang dipilih oleh imam qiraat yang mana antara satu dengan lainnya tidak sama dalam menuturkan Al-Quran." Muhammad Salam Muhsin mengatakan: “Qiraat adalah satu ilmu yang membahaskan tentang cara pertuturan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap wajahnya kepada seorang Imam pakar qiraat.”
Muhammad ‘Ali Shabuni mengatakan: "Qiraat ialah suatu cara daripada beberapa cara mengucapkan Al-Quran yang masing­-masing imam itu memilih satu cara yang berbeza dengan yang lainnya dalam mengucapkan Al-Quran”.
Definisi tersebut di atas, dapatlah kita simpulkan qiraat adalah suatu ilmu pengetahuan mengenai cara melafazkan Al-Quran secara praktikal dengan pengucapannya yang baik, sama ada disepakati atau diperselisihkan kesahihannya dengan berpandukan pada mazhab-mazhab yang diakui sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah SAW.
KESABITAN ILMU QIRAAT DI DALAM AL QURAN
1) Merupakan dua perkara atau benda yang berbeza.
2) Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
3) Al-Qiraat ialah kelainan dari segi lafaz-lafaz wahyu seperti baris, tashdid, pelat, i’rab dan lain-lain serta mesti diterima secara talaqqi / musyafahah.

KELEBIHAN ILMU QIRAAT
1) Menerangkan hukum yang telah diijma’kan (disepakati) diatasnya.
2) Meguatkan hukum yang khilaf ( perbezaan ).
3) Memudahkan hafalan dan ingatannya serta mudah diterima umat Islam kerana ia mempunyai ilmu Balaghah ( kesusasteraan arab yang berbagai-bagai ) dan ringkasan yang mudah difahami.
4) Ia juga menerangkan kelebihan dan kemulian umat Nabi Muhammad S.A.W. berbanding umat yang lain.
5) Memahami aspek dan kandungan Al-Quran dan lebih luas dan mendalam.
6) Terpelihara daripada kesilapan membaca atau menyebut kalimah-kalimah Al-Quran daripada asalnya.
7) Menjaga daripada berlaku penyelewengan dan perubahan pada kalimah Al-Quran daripada asalnya.
8) Dapat mengetahui sanad bacaan dan imam-imamnya serta membezakan bacaan yang diharuskan atau sebaliknya.







AHRUFI SAB’AH
Terdapat banyak hadis yang mejelaskan bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Rasulallah S.A.W dengan 7 huruf.
Antara hadis-hadis sahih yang menyebutkan perkara ini yang membawa maksud :
Telah diriwayatkan oleh Bujhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telahberkata : Telah bersabda Rasulallah s.a.w “jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf, maka aku sentisa mengulang-ulanginya. Aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut. Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”
Dalam hadis yang lain pula ada menjelaskan :
“Sesungguhnya Al-quran ini telah diturunkan dalam 7 huruf, maka bacalah olehmu mana yang mudah daripadanya.”
Imam Ibnu Al-Jazari telah menjelaskan perselisihan pada baris tanpa berubah makna dan bantuk kalimah. Bahawa yang bahawa yang dimaksudkan dangan 7 huruf itu ialah 7bacaan yang menjadi perselisihan. Wajah-wajah yang dimaksudkan itu ialah :
a) Khilaf pada mana-mana mufrad, musanna dan jama.’
b) Khilaf dalam menentukan perbuatan dari masa yang lepas, sekarang dan perbuatan menyeluruh.
c) Khilaf pada menetapkan dan membuangkan.
d) Khilaf pada mendahulukan dan mengakhirkan.
e) Khilaf pada perkataan iaitu jadikan huruf berubah tempat.
f) Khilaf pada loghat ( bahasa ).
g) Khilaf pada wajah I’rab.
Para Ulama’ berselisihan pendapat mengenai maksud 7 huruf tersebut sehingga melebihi 40 pendapat. Di antara pendapat yang masyhur :
A ) Tujuh huruf bermaksud segala makna hukum-hakam iaitu :
1) Halal 2) Haram 3) Muhkam 4) Mutasyabih 5) Amthal 6) Insya’ 7) Akhbar
B ) Tujuh huruf bermaksud tujuh loghat ( bahasa ) iaitu :
1) Quraisy 2) Hudzail 3) Thaqif 4) Hawazan 5) Kinana 6) Tamim 7) Yamim

Maksud Tujuh Huruf
Tidak ada hadis secara jelas yang menceritakan tentang apakah yang dimaksudkan dengan Sab`atu Ahruf atau Tujuh Huruf. Namun Ulama` samada yang Salaf mahupun yang Khalaf secara sepakat menyatakan bahawa tidak boleh seseorang itu menafsirkan bahawa Tujuh Huruf itu adalah tujuh Qurra’ yang masyhur kerana tujuh Qurra’ yang masyhur ini tidak pernah wujud pun pada zaman Rasulullah S.A.W.
التكليف بما لا يطاق محال
Ibn Hajar al-Asqolani berpendapat tujuh huruf bermaksud tujuh wajah bacaan dan harus membaca mana-mana wajah daripada tujuh wajah tersebut. Ada pendapat yang mengatakan huruf dengan makna bahasa iaitu tujuh bahasa Arab yang terkenal. Adapun perbahasan makna tujuh huruf dikalangan para ulama’ terbahagi kepada beberapa pendapat, sehingga sampai kepada 40 pendapat antaranya :
1. Cegah, suruh, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujjah
2. Balasan baik dan buruk, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujjah.
3. Tujuh bahasa : Quraisy, Yaman, Jarham, Hairizam, Qurda’ah, Tamim, Thoyy.
4. Tujuh bacaan yang disandarkan kepada Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Ibn Mas’ud, Ibnu ‘Abbas dan Ubai bin Ka’ab.
Pendapat yang paling tepat di sisi Jumhur Ulama` ialah pendapat daripada Imam Fakhruddin Ar Razi iaitu :
1) Kepelbagaian pada kata nama sama ada dengan tunggal atau jamak seperti :
{ والذى لأمانتهم و عهدهم راعون }
2) Kepelbagaian pada wajah-wajah I'rab seperti :
{ فتلقى ءادم من ربه كلمت }
3) Kepelbagaian pada tasrif seperti :
{تعلمون} {يعلمون }
4) Kepelbagaian dengan mendahulukan dan mengakhirkan seperti :
{ فيقتلون ويقتلون }
5) Kepelbagaian dengan menukarkan. Sama ada huruf dengan huruf atau kalimah dengan kalimah seperti :
{وانظر إلى العظام كيف ننشزها } {كالعهن المنفوش }
6) Kepelbagaian dengan menambah dan mengurangkan seperti :
{وأعد لهم جنت تجرى تحتها الأنهر }
7) Kepelbagaian lahjah dengan tafkhim dan tarqiq, fathah dan imalah, izhar dan idgham, tashil, ishmam dan sebagainya.
QIRAAT SAB'AH
Bacaan-bacaan Tujuh yang disandarkan kepada tujuh imam al-Qurra iaitu:
1 Imam Nafi'
2 Imam Ibnu Kathir
3 Imam Abu 'Amru
4 Imam Ibnu 'Aamir
5 Imam 'Aashim
6 Imam Hamzah
7 Imam al-Kisaie
Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam al-Syatibi dalam matannya(syairnya) yang disebut Matan al-Syatibiah.
QIRAAT  A'SYARAH
(Matan Ibn Jazari)

Qiraat al-Kubra
Bacaan-bacaan yang disandarkan kepada 10 Imam al-Qurra' yang terkenal iaitu:
1 Imam Nafi'
2 Imam Ibnu Kathir
3 Imam Abu 'Aamru
4 Imam Ibnu'Aamir
5 Imam 'Aasim
6 Imam Hamzah
7 Imam al-Kisaie
8 Imam Abu Ja'far
9 Imam Ya'kub
10 Imam Khalaf al-'Aasyir
Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam Ibnu al-Jazari dalam matannya(syairnya) yang disebut Matan al-Jazariah.
Toriq Syatibi dan Toriq Jazari

Toriq al-Syatibi bermaksud himpunan bacaan perawi-perawi dari imam-imam yang tujuh yang dihimpun oleh al-Syatibi melalui matan-matan syairnya yang dinamakan
Matan : حرز الأمانى ووجه التهانى
Manakala Toriq al-Jazari bermaksud himpunan bacaan perawi-perawi dari imam-imam yang sepuluh yang dihimpunkan oleh al-Jazari sendiri melalui matan-matan syairnya yang dinamakan Matan : طيبة النشر فى قراءات العشر
Al-Jazari juga menghimpunkan bacaan tiga Imam sebagai pelengkap kepada bacaan imam-imam yang tujuh yang diriwayatkan oleh al-Syatibi tersebut di dalam matan-matan syairnya dan dinamakan Matan al-Durrah.

ISTILAH-ISTILAH PENTING DALAM ILMU QIRAAT
Dalam ilmu qiraat, terdapat perkara ketetapan dan kaedah –kaedah yang berkaitan dengan pembacaan Al-Qur’an sebagaimana yang terdapat dalam ilmu tajwid. Maka selain daripada istilah dan kaedah yang terdapat dalam ilmu tajwid, terdapat beberapa istilah yang lain yang terdapat dalam ilmu qiraāt, seperti mad, tawassut, qasr, isymam, taghliz, naqal, dan lain-lain lagi. Berikut akan diterangkan beberapa istilah penting yang terdapat dalam ilmu qiraat.
MAD
Iaitu memanjangkan bacaan sesuatu kalimah. Jika dalam kalimah itu terdapat salah satu huruf mad yang tiga (alif, waw, ya’), maka kadar panjang bacaannya ialah tiga alif atau enam harakat.
TAWASSUT
Iaitu bacaan huruf hamzah yang diiringi oleh huruf mad, maka kadar panjangnya ialah dua alif iaitu empat harakat.


QASR
Iaitu bacaan huruf hamzah yang diiringi oleh huruf mad, maka kadar panjang bacaannya ialah satu alif atau dua harakat.
ISYMAM
Iaitu memuncungkan dua bibir ke hadapan sejurus selepas mematikan huruf sebagai isyarat baris dhommah.
TAGHLIZ
Iaitu menebalkan bunyi huruf lam yang berbaris fathah sama ada bersabdu atau tidak, ketika huruf lam terletak di tengah atau di hujung, dengan syarat apabila didahului dengan huruf ص,ط ,atau ظ yang berbaris fathah atau sukun seperti أظلم ، الطلاق، الصلاة . Maka huruf lam pada kalimah – kalimah yang disebutkan tadi dibaca dengan tebal seperti bunyi antara baris fathah dan dhommah.
NAQAL
Iaitu membariskan setiap huruf yang mati yang terletak di akhir kalimah dengan baris huruf hamzah yang terletak selepasnya sama ada berbaris fathah, kasrah atau dhommah, dan menghazafkan huruf hamzah itu selepas dipindahkan barisnya kepada huruf yang sebelumnya.
IMALAH
Bermaksud condong, iaitu mencondongkan atau mengerengkan bacaan alif sebagai huruf mad sehingga berbunyi baris fathah dan berbaris kasrah.
SAKHTAH
Iaitu menghentikan bacaan sekejap tanpa bernafas dan menyambung bacaan dengan nafas yang sama.
TASHIL
Bermaksud memudahkan, iaitu membunyikan suatu bunyi antara bunyian huruf hamzah dan alif.
RAUM/ IKHTILAS
Iaitu melemahkan suara dengan harakat huruf yang dibentuk denganya dalam keadaan sambung ketika waqaf sehingga hilang kebanyakkan suaranya (harakat).
IBDAL
Iaitu pertukaran huruf dengan huruf.

Rumus Bagi Imam-Imam & Perawi

NAMA IMAM RUMUS
NAFI’ أ
QHOLUN ب
WARSY ج
IBNU KATHIR د
AL-BAZZI ه
QUNBUL ز
ABU ‘AMRU ح
AL-DURI ط
AL-SUSI ي
IBN ‘AMIR ك
HISYAM ل
IBN ZAKUAN م
‘ASIM ن
SYU’BAH ص
HAFS ع
HAMZAH ف
KHOLAF ض
KHOLLAD ق
KISAIE ر
ABU HARITH س
AL-DURIY ت
ABU JA’FAR ث
IBN WIRDAN خ
IBN JAMMAZ ذ
YA’QUB ظ
RUWAIS غ
RAUH ش
KHOLAF
AL- ‘ASYIR
ف
ISHAK ض
IDRIS ق

penulis : wan mohd ali imran b. othman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ler...takkan tengok jer....