Sabtu, 25 September 2010

[ BAB] : HAMZATAIN MIN KALIMAH

Matan :

( لثانهما حقق يمينا وسهلن بمد        أتى والقصر فى الباب حللا )


1- Ruwais membaca dengan tashil pada hamzah kedua tanpa idkhol sama ada kedua-dua huruf hamzah tersebut sama baris atau tidak.
Contoh ayat : (ءأنذ رثهم)
2- Ruh membaca dengan tahqik hamzah kedua tanpa idkhol.
Contoh ayat : (أءنزل)
3- Abu Jaafar mengidkholkan hamzah pertama dan tashil pada hamzah kedua.
Contoh ayat : (أئمة)
4- Yaakob sama bacaan seperti mana Ruh.


Matan :

(ءامنتم اخبر طب وﺇنك لانت ﺇذ      أﺇن كان فد واسال مع اذهبتم ﺇذ حلا )


1- Ruwais jadikan dengan tiga cara iaitu dengan menghazafkan hamzah istifham dan mengekalkan hamzah yang pertama dan kemudiannya mengatofkannya menjadi khobar. Contoh ayat : (ءامنتم)
2- Abu Jaafar membaca dengan satu hamzah sahaja seperti Ibnu Kathir. Contoh ayat : (لأنت)
3- Kholaf Al-Asyir membaca dengan satu hamzah berserta huruf nun. Contoh ayat : (أﺇن كان)
4- Abu Jaafar dan Yaakob membaca dengan empat wajah iaitu tahqiq, tashil, idkhol dan adamihi.Abu jaafar membaca dengan tashil dengan idkhol ,Ruwais membaca dengan tashil tanpa idkhol dan Ruh membaca dengan tahqiq tanpa idkhol. Contoh ayat : (أأذهبتم)
Matan :

(وأخبر فى الأولى ان تكرر ﺇذا سوى            ﺇذا وقعت مع أول الذبح فاسألا)


1- Abu Jaafar membaca dengan satu hamzah pada kalimah (أءذا) kecuali pada surah Al-Waqi’ah dan (أول الذبح) iaitu pada awal surah As-Soffat.
Matan :

(وفى الثان أخبر حط سوى العنكب اعكسا            وفى النمل الاستفهام حم فيهما كلا)


1- Yaakob membaca pada tempat kedua dengan khobar ketika mana terletaknya,kecuali pada surah Al-Ankabut iaitu mengistifhamkan pada tempat kedua dan khobar pada tempat pertama.Itu juga makna bagi perkataan (اعكسا).
2- Yaakob membaca pada surah An-Naml, semua kedua dua hamzah sebagai istifham yang mana pada asalnya membaca qosar dan tashil pada riwayat Ruwais dan tahqiq bersama qosar pada riwayat Ruh.

ABDUL MUTI’E BIN MAHAMUD
M092029819

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ler...takkan tengok jer....