Sabtu, 25 September 2010

[BAB ]HAMZATAIN MIN KALIMATAIN

IMAM ABU JAAFAR

a) Apabila bertemu 2 hamzah di dalam 2 kalimah yang sama barisnya seperti
(جاءأحدكم),(هؤلاء إن),(أولياء ألئك), maka Abu Jaafar akan membaca dengan tashil pada huruf hamzah () yang kedua.

Dalil ad-Durrah :

 وحال اتفاق سهل الثان إذ طرا       وحققهما كالاختلاف يعي ولا

b) Apabila bertemu 2 hamzah Qato’ (ء) yang berbeza barisnya dalam dua kalimah, maka Abu Jaafar akan membaca seperti berikut:

i) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris atas (فتح) dan hamzah kedua berbaris bawah       (كسرة) seperti (تفىء إلى), maka Abu Jaafar akan membaca dengan tashil huruf hamzah (ء) yang kedua.
ii) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris atas (فتح) dan hamzah kedua berbaris depan        (ضمة) seperti (جاء أمة), maka Abu Jaafar akan membaca dengan tashil huruf hamzah (ء) yang kedua.
iii) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris depan (ضمة)dan hamzah kedua berbaris atas     (فتح)seperti (السفهاء ألا), maka Abu Jaafar akan membaca dengan ibdal huruf hamzah (ء) yang kedua dengan wau(و) menjadi السفهاء ولا)).
iv) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris bawah (كسرة) dan kedua berbaris atas (فتح)seperti (من السماء أوائتنا), maka Abu Jaafar akan membaca dengan ibdal huruf hamzah () yang kedua dengan huruf ya(ي) menjadi (من السماء يوائتنا).
v) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris depan (فتح)dan hamzah kedua berbaris bawah    (كسرة) seperti (يشاء إلى), maka Abu Jaafar akan membaca dengan dua wajah, iaitu:
a) tashil hamzah (ء) yang kedua.
b) ibdal hamzah (ء) yang kedua dengan huruf wau (و) menjadi (يشاء ولى).
Dalil ad-Durrah:

وحال اتفاق سهل الثان إذ طرا       وحققهما كالاختلاف يعي ولا
RUWAIS

Dua hamzah dalam dua kalimah terbahagi kepada dua bahagian:
a) Yang sama barisnya, contoh:
(جاء أحدكم), (جاء أمرنا), (أولياءأولئك), (هؤلاء إن).
b) Apabila bertemu dua hamzah Qato’ (ء) yang berbwza barisnya dalam dua kalimah, maka ruwais akan membaca seperti berikut:
i) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris atas (فتح) dan hamzah kedua berbaris bawah       (كسرة) seperti (تفىء إلى), maka Ruwais akan membaca dengan tashil huruf hamzah (ء) yang kedua.
ii) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris atas (فتح) dan hamzah kedua berbaris depan       (ضمة) seperti (جاء أمة), maka Ruwais akan membaca dengan tashil huruf hamzah (ء) yang kedua.
iii) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris depan (ضمة)dan hamzah kedua berbaris atas     (فتح)seperti (السفهاء ألا), maka Ruwais akan membaca dengan ibdal huruf hamzah (ء) yang kedua dengan wau(و) menjadi (السفهاء ولا).
iv) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris bawah (كسرة) dan kedua berbaris atas (فتح)seperti (من السماء أوائتنا), maka Ruwais akan membaca dengan ibdal huruf hamzah (ء) yang kedua dengan huruf ya(ي) menjadi (من السماء يوائتنا).
v) Jika huruf hamzah (ء) yang pertama berbaris depan (ضمة)dan hamzah kedua berbaris bawah    (كسرة) seperti (يشاء إلى), maka Ruwais akan membaca dengan dua wajah, iaitu:
a) tashil hamzah (ء) yang kedua.
b) ibdal hamzah (ء) yang kedua dengan huruf wau (و) menjadi (يشاء ولى).
Dalil ad-Durrah:
وحال اتفاق سهل الثان إذ طرا      وحققهما كالاختلاف يعي ولا
Riwayat Ruwais akan membaca dengan tashil pada hamzah (ء) yang kedua sama ada yang sama barisnya atau tidak.
Riwayat Rauh pula akan membaca dengan tahkik pasa kedua-dua bahagian sama ada yang sama baris atau tidak.
penulis : m.hafizuddin b. ayob

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ler...takkan tengok jer....