Sabtu, 25 September 2010

[ BAB ] HA’ KINAYAH (هأ كناية)

Pengertian: Ha’ kinayah atau Ha’dhomir merupakan kata ganti nama bagi seseorang yang tiada di hadapan mata.(ghoib)
Dalil:-

 وسكن يؤده مع نوله ونصله

ونؤته وألقه (ا) ل والقصر (ح) ملا
1 ) Pada kalimah :-
  1. يُؤَدِّهِ إِليكَ Surah Al- Imran
  2. نُوَلَّهِ ماَ تَوَلَّى Surah Al-Imran
  3. وَنُصْلِهِ Surah An-nisa
  4. نُؤْتِهْ مِنْهَا dua tempat dalam surah al-imran dan satu tempat dalam surah as-syuara
  5. فَأَلْقِهْ dalam surah An-Namlu

2 ) Imam Abu Ja’far membaca dengan sukun huruf ha’ pada 5 tempat di atas.
3 ) Bacaan Imam Yaakub mengikhtilaskan اختلاس (bacaan laju) huruf ha’ dalam kesemua lafaz di atas.
Dalil :-
كيتقه وامدد (ج) د وسكن (ب) ه وير
ضه (ج)ا وقصر (ح) م ولاشباع (ب) جلا
1 ) Bacaan imam Ibnu Jammaz dan imam Yaakub mngikhtilaskan يَتَّقِهْ dalam surah an-nur.
2 ) Manakala bacaan imam Ibnu Wardan mensukunkan huruf ha’ pada يَتَّقِهْ
3 ) Imam Ibnu Jammaz mensukunkan huruf ha’ pada يَرْضَه
4 ) Bacaan imam Yaakub membaca dengan قَصْر (pendek) pada kalimah ُ يَرْضَه
5 ) Kemudian imam Ibnu Wirdan membaca dengan dhomah ha’ dan إشباع ( panjang dengan kadar 6 harakat )
Dalil ;-
ويأته (أ) تى (ي) سر وبالقصر (ط) ف وأر
جه (ب) ن وأسبع (ج) د وفي الكل (ف) انقلا
1 ) Imam Abu Jaafar dan imam Rauh mengisyba’kan (panjang) huruf ha’ pada kalimah وَمَنْ يَأ تِهِ مؤْمِنَا
2 ) Manakala imam Ruwais membaca huruf ha’ dengan pendek pada kalimah وَمَنْ يَأ تِهِ مؤْمِنَا
3 ) Dan imam Ibn Wardan membaca dengan pendek huruf ha’ أَرْجِهْ dalam surah al-A’raf dan as-Syuara’
4 ) Imam Ibna Jammaz seperti Warsy juga mengkasrohkannya pada kedua- dua tempat tersebut tetapi imam Yaakob seperti abu amru mengqosorkannya.
5 ) Kholaf mengisyba’kan harakat ha’ dengan dommah dan kasroh pada kesemua tempat di dalam Al-Quran iaitu pada kalimah ( يؤده اليك ).
Dalil ;-
وفى يده اقصر (ط) ل و (ب) ن ترزقانه
وها أهله قبل امكثوا الكسر (ف) صلا
1 ) Imam Ruwais mengqosorkan ha’ pada kalimah ( بيده عقدة النكاح ) dan ( بيده فشربوا منه ) dua tempat dalam surah Al-Baqarah dan satu tempat di surah Mukminuun dan surah Yaasin pada ayat ( بيده ملكوت كل شئ قدير ).
2 ) Imam Ibnu Wardan mengqosorkan(bacaan pendek) ha’ pada ( ترزقانه ) di dalam surah Yusuf.
3 ) Dan imam Kholaf pula mengkasrohkan ha’ pada dua tempat di dalam surah Toha dan pada surah Qosos iaitu pada ( لاهله امكثوا ).

penulis : mohd naim b. osman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ler...takkan tengok jer....