Sabtu, 25 September 2010

[ BAB ] AL – ISTIAZAH

Makna Istiazah
Segi bahasa : Berlindung.
Segi istilah :Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan daripada syaitan yang dilaknat. Juga di kenali sebagai Ta’uuwudz.
clip_image001 Bukan daripada ayat Al-Quran
clip_image001[1] Dalil tuntutan membaca Istiazah:
mafhumnya :
98. Oleh itu, apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena rejam.
(an Nahl ayat 98)
clip_image001[2] Terdapat 3 lafaz istiazah iaitu:
1.( اعوذبالله من الشيطان الرجيم)
Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan yang direjam
2.( اعوذبالله السميع العليم من الشيطان الرجيم)
Aku berlindung diri dengan Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui daripada syaitan yang direjam
3.(اعوذبالله من الشيطان)
Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan
clip_image001[3] Terdapat 2 Imam dan 2 keadaan ketika membaca Istiazah iaitu:
i. Hamzah: membaca Istiazah dengan suara yang kuat pada awal surah Al-Fatihah sahaja
ii. Nafi’: membaca istiazah dengan suara yang perlahan pada semua permulaan surah di dalam Al-Quran
clip_image001[4] Terdapat 4 cara membaca Istia’zah dan Basmalah pada awal surah:

i. Berhenti pada Istiazah dan pada Basmalah (inilah cara yang paling baik)
Contoh:
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
ii. Berhenti pada Istiazah dan menyambung basmalah dengan awal surah:
Contoh:
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
iii. Menyambung Istiazah dengan Basmalah sahaja
Contoh :
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
iv. Menyambung ketiga_tiganya sekali
Contoh:
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
clip_image001[5] Terdapat 2 cara bacaan istiazah di dalam surah at- Taubah
i. Berhenti pada Istiazah kemudian teruskan bacaan
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
براءةمن الله
ii. Menyambung istiazah dengan awal surah Taubah
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
براءةمن الله
clip_image001[6] Persepakatan Qura’ mengatakan Rasulullah S.A.W tidak menambah pada sighah
اعوذبالله من الشيطان الرجيم akan tetapi adalah dhaif. Dan sahihnya diriwayatkan oleh Abu Daud daripada hadis Abi Said Alkhudri R.A
mafhumnya : Dalam bangun malam Rasulullah S.A.W berkata
اعوذبالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همز هونفخه هونفشه
clip_image001[7] Dalam kitab Hadis membahaskan daripada darjat-darjat Hadis dan dalil-dalil isti’adzah. Dalam kitab Qiraat pula membahaskan tentang bacaan kuat dan perlahan.Manakala dalam kitab feqah pula membahaskan adakah disuruh, sunat atau wajib.

clip_image001[8] Pengulangan isti’adzah :
i. Tidak perlu mengulangi isti’adzah apabila dalam bacaannya yang mendatangkan darurat seperti batuk, atau percakapan berkaitan dengan qiraat.
ii. Perlu mengulangi isti’adzah apabila percakapan terkeluar daripada bacaan atau menjawab salam.
clip_image001[9] Yang sahihnya seluruh Qura’ menyatakan tempat yang diperlahankan isti’adzahnya :
i.apabila qari membaca perlahan samada seorang diri atau ramai.
ii .apabila membaca dalam solat jahratau sir.
iii .apabila dalam keadaan sembunyi.
iv .apabila membaca ditengah jemaah tadarus al-Quran bukan orang pertama.*
(Selain daripada tempat tersebut diharuskan membaca kuat.)

penulis : Amar b. abd rahman

1 ulasan:

  1. Ust don ajr laen..bkan ''huwa'' tpi ''wa'' shja..dn ''nafsih'' bkn ''nafshih''
    mhon prbtulkan...

    BalasPadam

Komen Ler...takkan tengok jer....