Segi bahasa : Berlindung.
Segi istilah :Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan daripada syaitan yang dilaknat. Juga di kenali sebagai Ta’uuwudz.
mafhumnya :
98. Oleh itu, apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena rejam.
(an Nahl ayat 98)
1.( اعوذبالله من الشيطان الرجيم)
Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan yang direjam
2.( اعوذبالله السميع العليم من الشيطان الرجيم)
Aku berlindung diri dengan Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui daripada syaitan yang direjam
3.(اعوذبالله من الشيطان)
Dengan nama Allah aku berlindung daripada syaitan
i. Hamzah: membaca Istiazah dengan suara yang kuat pada awal surah Al-Fatihah sahaja
ii. Nafi’: membaca istiazah dengan suara yang perlahan pada semua permulaan surah di dalam Al-Quran
i. Berhenti pada Istiazah dan pada Basmalah (inilah cara yang paling baik)
Contoh:
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
ii. Berhenti pada Istiazah dan menyambung basmalah dengan awal surah:
Contoh:
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
iii. Menyambung Istiazah dengan Basmalah sahaja
Contoh :
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
iv. Menyambung ketiga_tiganya sekali
Contoh:
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هوالله احد
i. Berhenti pada Istiazah kemudian teruskan bacaan
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
براءةمن الله
ii. Menyambung istiazah dengan awal surah Taubah
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
براءةمن الله
اعوذبالله من الشيطان الرجيم akan tetapi adalah dhaif. Dan sahihnya diriwayatkan oleh Abu Daud daripada hadis Abi Said Alkhudri R.A
mafhumnya : Dalam bangun malam Rasulullah S.A.W berkata
اعوذبالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همز هونفخه هونفشه
i. Tidak perlu mengulangi isti’adzah apabila dalam bacaannya yang mendatangkan darurat seperti batuk, atau percakapan berkaitan dengan qiraat.
ii. Perlu mengulangi isti’adzah apabila percakapan terkeluar daripada bacaan atau menjawab salam.
i.apabila qari membaca perlahan samada seorang diri atau ramai.
ii .apabila membaca dalam solat jahratau sir.
iii .apabila dalam keadaan sembunyi.
iv .apabila membaca ditengah jemaah tadarus al-Quran bukan orang pertama.*
(Selain daripada tempat tersebut diharuskan membaca kuat.)
penulis : Amar b. abd rahman
Ust don ajr laen..bkan ''huwa'' tpi ''wa'' shja..dn ''nafsih'' bkn ''nafshih''
BalasPadammhon prbtulkan...