PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan blog yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “QIRAAT ILMIYYAN 1 ”. Blog ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang menyiapkan blog ini. Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek, Ustaz Mohamad Zaki Bin Abdul Hamid kerana memberikan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan blog ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk blog serta membantu kami dari semasa susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kerana memberikan sokongan dan dorongan sepanjang blog ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kerana memberikan bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai blog amat dihargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan dilupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang blog ini disiapkan.Mudah-mudahan blog kami ini menjadi rujukan yang berguna untuk semua masyarakat dimana saja anda berada.
Muqaddimah
Firman Allah S.W.T. :إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ * فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ * لاَ يَمَسُّهُ إِلاَّ الْمُطَهَّرُونَ * تَنزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(الواقعة: 77-80)