Sabtu, 25 September 2010

MUQADDIMAH


PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan blog yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk QIRAAT ILMIYYAN 1 . Blog ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang menyiapkan blog ini.
Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek, Ustaz Mohamad Zaki Bin Abdul Hamid kerana memberikan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan blog ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk blog serta membantu kami dari semasa susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kerana memberikan sokongan dan dorongan sepanjang blog ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kerana memberikan bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai blog amat dihargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan dilupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang blog ini disiapkan.Mudah-mudahan blog kami ini menjadi rujukan yang berguna untuk semua masyarakat dimana saja anda berada.





Muqaddimah
Firman Allah S.W.T. :

إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ * فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ * لاَ يَمَسُّهُ إِلاَّ الْمُطَهَّرُونَ * تَنزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(الواقعة: 77-80)

[ BAB ] AL – ISTIAZAH

Makna Istiazah
Segi bahasa : Berlindung.
Segi istilah :Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan daripada syaitan yang dilaknat. Juga di kenali sebagai Ta’uuwudz.
clip_image001 Bukan daripada ayat Al-Quran
clip_image001[1] Dalil tuntutan membaca Istiazah:
mafhumnya :
98. Oleh itu, apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena rejam.
(an Nahl ayat 98)

[BAB ] UMMUL QURAN WAL BASMALAH

 penulis : m. azizi b. azizan

IMAM ABU JAAFAR
Pada kalimah مالك dalam surah al-fatihah Abu Jaafar menghazafkan alif ( أ) dan dibaca ملك .
DALIL :ومالك حزفز

IMAM YAAQUB
Pada kalimah مالك dalam surah al-fatihah Imam Yaaqub akan mengisbatkan alif (أ) selepas huruf mim (م).
Pada kalimah الصراط riwayat Ruwais akan membaca dengan sin (س) maka dibaca dengan السراط dalam semua tempat dalam Al-quran.
DALIL :
وبلسين طب

[ BAB ] IDGHAM KABIR


MAKSUD IDGHAM KHABIR

BAHASA : Memasukkan
ISTILAH : Menyambungkan huruf mati dengan huruf berbaris.

Ø Abu Jaafar idhgam pada مالك لا تأم۫نا
· Baca dengan idgham
Ø Yaakob baca idgham mislain pada ayat والصاحب بالجنب
· Baca dengan idgham selain daripada tempat ini baca dengan izhar
Ø Yaakob idgham pada تتمارى
· dibaca dengan idgham apabila wasol
· dibaca dengan izhar apabila waqaf

Ø Ruwais idgham pada فلا أنساب بينهما
· Baca dengan idgham
Ø Ruwais idgahm pada جعل لكم من أنفسكم ketika wasal
· Baca dengan idgham
· Baca dengan izhar
Ø Ruwais idgham pada فلا أنساب بينهما
· Baca dengan idgham
Ø Kholaf idgham pada والصفت صفا
· Baca dengan izhar

[ BAB ] HA’ KINAYAH (هأ كناية)

Pengertian: Ha’ kinayah atau Ha’dhomir merupakan kata ganti nama bagi seseorang yang tiada di hadapan mata.(ghoib)
Dalil:-

 وسكن يؤده مع نوله ونصله

ونؤته وألقه (ا) ل والقصر (ح) ملا
1 ) Pada kalimah :-
  1. يُؤَدِّهِ إِليكَ Surah Al- Imran
  2. نُوَلَّهِ ماَ تَوَلَّى Surah Al-Imran
  3. وَنُصْلِهِ Surah An-nisa
  4. نُؤْتِهْ مِنْهَا dua tempat dalam surah al-imran dan satu tempat dalam surah as-syuara
  5. فَأَلْقِهْ dalam surah An-Namlu

[ BAB ] MAD WAL QASR


BACAAN ABU JAAFAR

ومدهم وسط


Pada hukum Mad Munfasil,Mad Lin dan Mad Badal,Abu Jaafar akan membaca dengan 2 harakat.
Dalil Ad-Durrah dalam bab Mad wal Qasr :

وما انفصل اقصرن       ألاحز وبعد الهمز واللين أصل

[ BAB] : HAMZATAIN MIN KALIMAH

Matan :

( لثانهما حقق يمينا وسهلن بمد        أتى والقصر فى الباب حللا )


1- Ruwais membaca dengan tashil pada hamzah kedua tanpa idkhol sama ada kedua-dua huruf hamzah tersebut sama baris atau tidak.
Contoh ayat : (ءأنذ رثهم)
2- Ruh membaca dengan tahqik hamzah kedua tanpa idkhol.
Contoh ayat : (أءنزل)
3- Abu Jaafar mengidkholkan hamzah pertama dan tashil pada hamzah kedua.
Contoh ayat : (أئمة)
4- Yaakob sama bacaan seperti mana Ruh.

[BAB ]HAMZATAIN MIN KALIMATAIN

IMAM ABU JAAFAR

a) Apabila bertemu 2 hamzah di dalam 2 kalimah yang sama barisnya seperti
(جاءأحدكم),(هؤلاء إن),(أولياء ألئك), maka Abu Jaafar akan membaca dengan tashil pada huruf hamzah () yang kedua.

Dalil ad-Durrah :

 وحال اتفاق سهل الثان إذ طرا       وحققهما كالاختلاف يعي ولا

b) Apabila bertemu 2 hamzah Qato’ (ء) yang berbeza barisnya dalam dua kalimah, maka Abu Jaafar akan membaca seperti berikut: